Sunday, 23 June 2013

Orang baru

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera . . . 


Salam perkenalan pada bloggers di luar sana tak kira di mana jua anda berada. Saya dengan rasa rendah diri ingin memperkenalkan pada brader2 dan juga sister2 pada blog saya yang daif ni. (daif sbb x de post lagi . . .). 

Blog ini dibuat untuk saya melepaskan apa sahaja yang bermain di benak fikiran saya untuk mengelakkan saya daripada menjadi gila. Jadi, apa yang saya bakal coretkan di sini hanyalah apa yang saya rasakan dan juga pendapat saya pada isu berkenaan. Andai kata brader atau sister yang tak senang dengan coretan itu, bolehlah menulis komen2 di ruangan komen yang disediakan. Takpe, saya takkan melenting sebab dah hampir 20 tahun dah saya dikomen manusia-manusia disekeliling saya.
Maafkanlah jugak kalau post2 yang saya terbitkan tu tak menghiburkan atau menarik minat. Nak buat camner, saya ni pelajar kejuruteraan . . . kalau menulis pun, tulis report aje. So, ajarlah saya untuk menarik minat brader2 & sister2 kunjungi blog saya.

Kenapa infosaurus? Well, actually nama tu dari petikan drama sitcom How I Met Your Mother (season 8, Who wants to be a Godparent?). Saya merasakan apa yang bakal saya tulis ini kebanyakkannya terdiri daripada fakta dan juga ilmu yang berguna. (Firasat aje . . . )

Sekian 

5 comments:

  1. slm kenal..fiza pun br jugak...

    ReplyDelete
  2. hai... sy pun org baru..ngee! singgh sini =D salam ramadhan ^^

    ReplyDelete
  3. mama pun baru jugak, baru je habis pantang blog mama nih..

    ReplyDelete
  4. selamat ber-blogging :) menjenguk daripada blog Ice Princess :)

    www.hanasays.com

    ReplyDelete