Thursday 12 December 2013

A Little of Something for Our Anniversary



Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera kepada semua pembaca . . .

29 NOVEMBER 2011 – Bukanlah tarikh penting untuk diingati oleh sesiapa melainkan AKU! Ya . . .  Ada apa dengan tarikh ini? Negara kita merdeka dari jajahan orang Inggeris pada 31 Ogos 1957, Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 dan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 1 Syawal setiap tahun. Mana mungkin 29 November ini menjadi penting bagi seseorang.

Melainkan orang itu mengikat ikatan kasih saying bersama pasangan yang amat disayangi. Haha . . . ya, aku menjalinkan hubungan bersama Nurul Farahizzati Binti Zakaria pada tarikh tersebut. Manusia yang aku kasihi dan amat aku sayangi. Seorang gadis yang baru memasuki alam 20-an, manis pada rupanya dan mempunyai ciri2 seorang gadis Melayu. Kisah kami bermula di UTeM hanya berbekalkan SMS dan sebiji moto Yamaha 125ZR, kami melayari bahtera kehidupan berpasangan bersama-sama.

Coretan ini hanya sekadar untuk menghargai perhubungan yang terjalin selama 2 tahun. 2 tahun memang belum cukup lama lagi untuk aku menayangkan hal peribadi aku ini pada kalian semua, tapi bukanlah menjadi satu kesalahan jika aku berkongsi sedikit kebahagiaan yang aku rasa ini.
Pahit manis perhubungan ini biarlah disimpan didalam ruang memori kami berdua. Jika diceritakan sekalipun, mungkin tidak sama seperti apa yang dirasa. Nyata perasaan itu memang satu perihal yang subjektif. Gadis ini memang cukup tabah untuk mengharungi liku liku perhubungan kami yang sememangnya selalu bergelora. Dia sangan kuat dan cekal menahan perasaanya yang kadang kala aku abaikan. Thus, that is why I’m so madly in love with her.
Banyak lagi ruang lompong yang mencacatkan perhubungan kami ini. Kami berdua mengerti akan perkara itu dan sememangnya berusaha untuk memperbaiki segala salah silap, cacat cela dan titik hitam kami. Aku cuma berharap, jika seandainya umur kami panjang . . . aku memohon agar dipercepatkan dan dipermudahkan urusan kami untuk mengikat ikatan yang sah sebagai suami dan isteri.

Seboleh-bolehnya, jika selepas kami menamatkan pelajaran di Universiti Teknikal Malaysia Melaka ini, mintalah agar kami lekas2 bekerja buat persiapan untuk menuju ke jinjang pelamin. Itulah persiapan secara kasar yang aku boleh simpulkan di sini.

Sekian, harap kalian juga mendoakan kesejahteraan kami berdua . . .


 
My beautiful Nurul Farahizzati Binti Zakaria
She called this 'Tiramisu Love'


Wednesday 9 October 2013

Rumah oo Rumah . . .

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Pukul 4.00 pagi aku terjaga kerana dek kepanasan yg teramat sangat . . . jadi sejenak aku befikir untuk mencoretkan sedikit lah di blog ini.

Minggu ni rasanya adalah minggu perpindahan rumah sewa kot pabila 5 orang kawan termasuk aku yang akan berpindah ke rumah baru. Pelbagai alasan kenapa diorang ni nak sangat pindah . . . Macam aku, well ... alasan yang memang famous gila, iaitu 'Ekonomi' ! Buat masa ini aku hidup di rumah sewa yang sewanya ditetapkan RM1300 sebulan (Rumah semi-d, 2 tingkat, kosong tapi baru). Tinggal bersama-sama 10 classmates yg lain jadi kami perlu membayar RM110 seorang/sebulan. Campur bil 'utilities' yang aggarannya RM40 seorang, bayaran sebulan adalah paling kurang RM150. So, untuk hadapi bayaran sebegini mmg la agak membebankan. Apa yang lagi teruk, bil air & api selalu lewat tiba, hinggakan beberapa kali menjadi kes tunggakkan. Kata mereka, "Rumah kamu semua ni masih baru lagi, jadi delivery bil belum boleh diselaraskan lagi". Maybe betul apa yang mereka kata, so buat ape nak bertelagah. Banyak kali mengadu pun masih itu juga jawapan yg diberi.

Solutionnya adalah, berpindah ke rumah sewa yg lebih murah. So, dengan bantuan girlfriend, dapatlah aku menyewa bilik dengan harga RM90 sebulan. Utilities bill mereka pun murah RM10 dari kadar rumah sewa lama. Cuma rumah apartment kan . . . apa sahaja yang korang harapkan cuma kondisi rumah yang elok.

Untuk kes girlfriend aku pula, rumah diorang ni ada banyak kerosakkan. Sebagai contoh, pintu grill yang rosak dan mudah dikepak, tombol pintu bilik yang rosak, lampu dapur yang tidak menyala, mesin basuh yang uzur, dan ada jubin lantai yang pecah. Semua kerosakkan ni telah diadu pada owner, balas beliau (owner) "Biasalah, rumah murah . . ." dan beliau tidak endahkan langsung masalah2 tersebut. Baginya, ramai lagi yang sanggup menyewa rumahnya dengan kondisi sebegitu. Solutionnya, mereka pun ambil keputusan untuk berpindah.

Jadi, nasihat aku . . . bila nak pilih rumah sewa tu, ukurlah baju dibadan sendiri. Aku ni buat silap kerana ikutkan kawan. Korang x perlu la ikut kawan2 nih . . . hidup ni mesti berdikari. Belajar berdiri diatas kaki sendiri. Dan sebelum masuk rumah, periksa dulu keadaan rumah . . . kalau ada kerosakkan, deal dengan owner untuk repair . . . barulah sign agreement. okay ?

Dah, itu aje ye . . . aku pun nak pi mandi ni. bye2

Tuesday 1 October 2013

Aku anjing ?

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera . . .

Naper gua x update blog ni lama sangat ea ? Gua pernah terpikir gak, selama gua post ni, ade ke yang membacanya ? ada ke yg ambik manfaat dari penulisan gua . . . atau yang baca2 ni ade yg 'butthurt' dengan apa yg gua tuliskan ? yelah . . . manalah tau ada fans tegar dari page SSTDM atau We <3 PM yang rasa cam nak tibai gua kann ?

Gua dah macam sedar sikit selepas gua sembang2 dengan member gua . . . Dengan pemikiran rasionalisasi dia kann, dengan selamber dia melepaskan keluhan . . .

" Aku risau dengan masa depan kita nanti . . . Aku takut takkan ade perubahan langsung dalam Malaysia ni . . . Yang kaya makin kaya, yang miskin cam kita ni akan terus ditindas. BR1M bukan keluarga kita dapat pun . . . Mak bapak nak keluarkan KWSP nak settlekan hutang piutang entah bila boleh keluar agaknya . . . Entah hidup ke tidak la diorang tu sebelum hutang piutang ni selesai . . . kerja dari siang ke malam . . . makin banyak bekerja, makin banyak pula caruman yg nk dibayar . . . CUBA KAU PIKIR SEJENAK . . . AKAN BERUBAH KE NASIB KITA NI ? Nakkan keadilan kepada rakyat, dituduhnya meliwat, chinadoll, agen Israel, barua cina . . . last2, amik kau HARGA BARANG NAIK !!! Sampai bila2 pun, biarlah PRU tu ada sampai kali ke 1000 pun . . . nasib kita takkan berubah . . . Demolah macam mana pun . . . Kera bagi BR1M, terus senyap . . . terus ' Beraja di mata, Bersultan di hati ' . . . "

Aku pun merasakan jugak . . . memang tak mungkin kot ade perubahan . . . Demokrasi hanya pada nama sahaja . . . namun takkan ada makna demokrasi tu. Aku dah malas nak bertekak lagi . . . Nasib kita tetap akan sama sebagaimana 56 tahun yang lalu . . . Aku tak bermaksud untuk mengaku kalah, pangkah tetap pangkah . . . tapi sampai bila aku nak jadi anjing yang menyalak pada bukit ?

Friday 6 September 2013

Masalah aku . . .

Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera,

Boleh kan kalau hari ini aku nak kongsi masalah aku an ?

Masalah ape ? Of course la masalah duit . . . . Secara realitinya kann, kalau kita manusia tak berduit sekarang nih, 1001 masalah akan timbul tau . . . Kalau korang sedar harga petrol RON95 dah naik 20 sen/liter, menjadikan harganya RM2.10 seliter. Aku pandu sebuah Perodua Myvi tau di Melaka as my transportation. Lagi2 aku ni student kan, jadi memang hari2 aku guna tenggiling besi tu.

Masalahnya adalah, sewaktu harga petrol x naik 20 sen/liter ni lagi kewangan aku dah sesak nak sara kos minyak . . . isi RM30, 2 hari kemudian habis . . . ya, aku mmg banyak berjalan, tapi kat kawasan2 dekat2 aje (seriously in 12km radius only) . . . Jadi, penyelesaian yang x berapa bijak aku ni . . . aku ingat nak tinggalkan dulu la tenggiling besi aku ni kat Shah Alam . . . aku kesian la mak bapak aku tiap2 minggu keluarkan duit . . . sekarang ni ekonomi keluarga aku x berapa nak stabil . . .

Ada 2 alasan yang ketara untuk isu kewangan family aku, first, income tax (daddy) mai suruh lunaskan bayaran tertunggak . . . aku hairan, apesal punya lama tertunggak dia ea ? rupa-rupanya, memang depa ngaku ade silap semasa keluarkan penyata dulu (kalau argue dengan goverment policy ni, sampai kiamat belum tentu kita boleh menang) . . . bukan sikit tau tertunggak dia . . . RM3000+ untuk disettlekan dalammasa 3 bulan tau ! kedua, my parents just bought a house in Batu Tiga four years ago. So, bayar cash mengikut complete phase . . . now, ruma tu telah pun siap dibina sepenuhnya and we need tu pay another RM1500+ to complete the payment and recieve our 'geran rumah' . . .

So, basically tahun 2013 ni mmg my daddy perlu berbelanja lebih demi kepentingan family kitorang . . . dia asyik cakap kat mama and me " Don't worry, I GOT THIS ". tapi kita semua tahu, my father is not an executive in any company. Dia hanya bekerja di sektor badan berkanun . . . takkan mampu orang tua ni nak tanggung semuanya. and my next plan is to get a part-time job to support my study allowance . . . kenapa x amik PTPTPU ? perlu ke gua explain ? x yah kann ? pergi cari ustaz mana2 (ustaz FB jangan la ye), minta beliau perjelaskan ape itu riba dan hukuman nya ea . . .

Gua tahu ade yang berbulu dengan post2 gua sebelum ni, jadi gua tak minta korang derma duit pada gua . . . gua minta tolong doakan sesama muslim agar dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan semoga Malaysia kembali harmoni.

Salam,

6th September 2013, 4.01 a.m.

Wednesday 4 September 2013

Kenalkah engkau ?






Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera,

Kenal tak korang pada bendera di atas ? Ini lah sebenarnya 'SANG SAKA'. Inilah sebenarnya permulaan sebenar tanah air kita.  Tak percaya ??? Why don't you try and GOOGLE it ? Korang pun pastinya peka bahawa Tanah Melayu ini serumpun  di dalam Kepulauan Melayu, jadi jangan hairan la kenapa Sang Saka ini hampir serupa dengan bendera Indonesia. Ke Orang Malaysia ni malu nak mengaku Melayu dan lebih rela mengaku sebagai orang Barat ?

Post ni bertujuan untuk kenalkan korang semua pada sejarah . . . Jangan korang melalak tak tentu pasal mengatakan kita ni nak tiru Singapura @ Indonesia . . . Singapura yang kaya raya, berkali ganda maju pun gunakan inspirasi bendera kepulauan melayu . . . So, jangan lupakan sejarah ea. Tak guna jika laungkan kemerdekaan sekuat hati tapi sejarah korang x paham.

sekian, salam dua puluh sen .


Tuesday 3 September 2013

Mana pergi itu JANJI ???


Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera,

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-56 . . .

Salam Dua Puluh Sen . . .

Thursday 29 August 2013

Haji oh Haji . . .


Jangan lupa beli songkok tinggi kat Jalan TAR ea . . . Lagi tinggi lagi bagus, senang nak cam orang melayu kita kat sana . . . Sampin make sure original songket ea . . . lagi mahal lagi bagus, pahala lebih kott . . . Aminn . .  Melayu kita semakin maju !

Tuesday 27 August 2013

Nyawa semurah burger . . .

Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera . . .

Sorry lama x menulis kat blog ni . . . sebab apa ? sebab banyak kerja laa . . . saya ni student lagi kann.

Kali ni meh le kita renungkan sekejap nasib saudara2 kita di Mesir & Syria nun . . . korang mesti rasa hiba kann ? Dah ramai yang menulis tentang hal ni ... tapi kali ni kita ubah sikit persepsi kita. Kita mesti fikir, ape caranya untuk kita sebagai rakyat Malaysia membantu diorang. Doa tu betul penting, tapi bagaimana nak tolong mereka supaya boleh meneruskan survival ? Yes . . . Bijak ! Derma la ye . . . kalau seorang rakyat Malaysia memderma RM5.00. . .  Malaysia mempunyai kepadatan penduduk lebih kurang seramai 28.3 juta orang, jika separuh daripadanya ialah 14 150 000 (empat belas juta seratus lima puluh ribu orang) . . . Bayangkan sebanyak RM70 750 000 (tujuh puluh juta tujuh ratus lima puluh ribu ringgit Malaysia) = EGP148 492 930 (seratus empat puluh lapan juta empat ratus sembilan puluh dua ribu sembilan ratus tiga puluh egypt dollar) boleh didermakan kepada mereka yang sangat sangat sangat sangat sangat memerlukan bantuan sepelusuk dunia. Banyak kan ? tu baru RM5 dowh . . . banyak lg yg boleh dikumpul sebenarnya . . .

Derma ea . . . kita tolong diorang . Dapat pahala buat saham akhirat nanti . . .

*Kali ni title memang tak kena dengan isi . . . aku nak explain pun aku x faham kenapa . . . :D Salam peace yaw'll . . .

Tuesday 6 August 2013

Mati di Hari Raya . . .

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Post pendek . . .

Cuba bayangkan . . .  salah seorang dari ahli keluarga korang terbabit dalam kemalangan maut. Setelah disiasat, kemalangan berpunca dari seorang pemandu yang MENGANTUK semasa memandu kemudiannya hilang kawalan pada kenderaan lalu merempuh kenderaan ahli keluarga korang. WHAT DO YOU FEEL ? Apa nasib pemandu mengantuk tu ? Apa yang korang akan lakukan ? Mana datang kemaafan ? Lebih-lebih lagi, ianya menyebabkan sekeluarga telah hilang punca pencarian ?

Apa makna raya ? Mana pergi rasa gembira ? Hilang separuh nikmat dan kurnia ?

Friday 2 August 2013

Semakin perlahan ?

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera . . .

Di pagi Jumaat, penghulu segala hari ni . . . terbaca pula kenyataan menteri kerja raya kita, Datuk Fadillah Yusof (yang dishare di Facebook) nak mengurang kan had laju di kawasan lebuh raya dari 110km/j kepada 100km/j.

Reaksi? Of course la sakit hati !!! Ini semua boleh mendatangkan peningkatan saman speed trap . . .  Gua tak salahkan abang misai, sebab tu kerja diorang . . . Rezeki haram kalau kita tak amanah terhadap tugas yang diberikan. Yang gua bengang kat geng2 pakai sut ni laa . . . Apa la depa pikiaq ni ! Hang bukan x tau, "kelajuan tidak memudaratkan, yang membawa kepada kemudaratan ialah impak kelajuan hang bertukaq jadi 0m/s" (Engineering Physics Matriculation Level : B-)

Ni semua saja nak cari duit lebih . . . aku tak suka cara depa ni . . . Macam mana orang Malaysia nak maju dalam bidang automotif kalau dok sekat dari dok bawak laju. Pi tengok kat Autobahn, Germany nuh . . . depa suma bawak reta cam pelesit  . . . tapi, tak kata la jalan depa elok . . . mungkin menteri ni dok perasan jalan kat PLUS tu x brapa nak elok kott noh, tu yang dia x bagi kita dok bawak laju . . . (saman hangpa kutip, tol hangpa kutip, iklan kat highway hangpa kutip . . . jalan bila hangpa nak bagi elok? asyik dok tampai ja, x sampai setahun . . . rosak balik, pahtu dok salah lori pulok)

Nasihat, bawak la pelan punn . . . janji sampai! tp ingat . . . pastikan anda memandu di lorong yang betul, kalau bawak pelan pi la belah kiri, . .  kalau bawak ikut speed limit guna lorong tengah, . .  kalau rasa nak speeding skit @ memotong, gunakan lorong kanan . . . .

Sekian,

Thursday 1 August 2013

Amankah Malaysia ?

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera . . .

Kebelakangan ini kita asyik dikejutkan dengan kes tembak menembak yang semakin menjadi-jadi . . . bermula dengan kes tembak cikgu sekolah di Bachok, kemudian Founder of AmBank pula ditembak mati . . dan yang terbaru pula, kes tembak di Parit Buntar. Apa yang sedang berlaku sebenarnya ? Adakah Malaysia sekali lagi telah diceroboh tanpa kita sedari ? Adakah senjata api sekarang mudah didapati di pasaran seperti Mydin atau Kedai 1 Malaysia ?

Kes sebegini kita tak boleh nak tunding jari sebarangan . . . Biar pihak polis mendapatkan dulu motif kes tembak menembak ini semua. Tapi, pada pandangan peribadi ... aku merasakan kebanyakan kes2 jenayah di negara ini disebabkan kebanjiran pendatang asing. Seriously ! Bukan la nak bersangka buruk terhadap diorang tu semua, tapi dah kalau ramai sangat (pendatang asing) yang terlibat dengan jenayah . . . x mustahil kan diorang tu dianggap sebagai punca.

Mungkin mereka ni tak terlibat dalam kes tembak menembak baru-baru ni . . . tapi mesti korang pernah dengar yang kebanyakan kes samun, ragut & pecah rumah di area Lembah Kelang ni didalangi oleh geng2 PATI ni. 2 tahun lepas, pernah ade 2 orang mamat Indon yang kena cekup meragut kat kawasan perumahan seksyen 19, mangsa seorang wanita berusia dalam 50-an kott (Jiran aku) . . . Laki dia punyer marah ngan 2 orang indon tu, dia curah air mendidih kat 2 orang tu dalam keadaan kena ikat . . . apa lagi, berdangdut la diorang . . . gelak2 aku tengok, tapi macam biasalah . . . baru pakcik tu curah sikit, ade je orang yang halang . . . hampa . . . . . . .

Nasihat aku, hati-hati bila berjalan kat luar . . . jangan dok buat jahat kat orang. orang kalau dah main pistol ni, sekali tembak je . . . meninggal kau. Melainkan kalau korang pun da beli pistol, bolehla loose sikit . . . Kalau da lewat malam, takyah la keluar gi main snuker ke, gi kalabul malami ke, ade drag race ke . . . dok je rumah. Jadi mcm Cinderella, balik sebelum pukul 12 tengah malam.

Doa-doa sikit supaya keamanan Malaysia ni boleh dikecapi semula . . . Ciao !


Wednesday 31 July 2013

Jalan & Raya . . .

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Menjelang lebaran yang bakal menjelma kurang dari 10 hari ni, pasti ramai diantara kita yang sudah bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari mulia ini bersama keluarga tercinta. Apabila banyak kenderaan di jalan raya, haruslah diingatkan supaya IKUTLAH PERATURAN JALAN RAYA ! OKAY !!

Kalau tak ikut peraturan jalan raya, alamatnya panjang la jem sehingga boleh mencecah 10km panjangnya. Takmau la racing2 ea di jalan raya ... Bawak laju boleh, tapi jangan racing. DIINGATKAN, ABANG MISAI ADA DIMANA-MANA OKAY ! TAMBAH PULAK DENGAN AES (syukurnya Ya Allah, keraJaan aku adakan menatang ni), cuba elakkan dari kena saman okay ! (come on la, 110km/h je ? Beribu-ribu aku habiskan duit modify enjin, suspension, tayar kengkang . . . takkan nak pecut 110km/h je? Takpelah . . . asalkan Malaysia aman takde perang. kes tembak2 da banyak pun takpe, bukan darurat lagi, kann?)

Untuk melancarkan perjalanan di kawasan tol, apekata korang try guna "touch&go" . . . Takde la korang nk kena beratur panjang, tunggu makcik kat depan nak korek duit syiling nak membayar tol. Pastikan jugak kad T&G korang tu mempunyai baki yang mencukupi supaya tak kena maki la berbakul2 bila scan kad, baki x cukup, nk kena undur bagai pastu potong barisan lorong tunai (mohon dijauhkan sifat ini okay, especially jangan la guna lorong kecemasan sebab rider2 macam aku x suka beratur cam kereta gak). . . ish2. . . buek malu yo !

Servis keta tu dulu ye brader2 . . . kang mati enjin ditengah jalan, dah satu masalah pulak. Itu boleh mengundang kecelakaan tuh . . . kalau lebih teruk lagi, boleh membawa kepada kemalangan yang meragut jiwa, takkan korang nank biarkan ahli keluarga celebrate raya dengan tangisan air mata ? Kalau keta tiptop, pemandu berhemah . . . Insyaallah, perjalanan raya kita semua akan lancar !
Baca bismillah dan doa masuk kenderaan sebelum memulakan perjalanan !

Bye2 !!!

Thursday 25 July 2013

Part time job ?

Assalamualaikum w.b.t & salam Malaysia masih aman . . .

Recently, ramai pelajar 2nd year UTeM yang mula bekerja sebagai part timer di kompleks membeli belah (PTPTPu x diberi untuk short semester) seperti di Jusco Melaka & Parkson Melaka Mall. Tak terkecuali aku juga . . . Aku bekerja di  AEON Jusco Melaka sebagai promoter Antioni, menemani buah hati tersayang mencari sedikit rezeki sampingan untuk persiapan lebaran yang bakal tiba. Maklumlah, harga barang kian meningkat kann (TDDMKA) . . . "Sebab dasar ekonomi global yang x stabil ." (PUIIII !!!!)

Best ke kerja sambil belajar ? Jawapannya, x best ! Maybe sebab aku x suka kot tempat kerja aku . . . dengan pelbagai syarat2 yang agak suwey kann . . . Mesti korang nk kata aku manja, x leh buat kerja bagai kann . . . jawapannya ya, aku x leh buat kerja yang aku x seronok nak buat. Dulu aku kerja kat Pizza Hut best kott . . . setakat 12 hours tu senang2 aku bekerja. WORKING ENVIROMENT ITU PENTING !

Penat la bekerja sambilan sambil belajar ni. Nasib baik gua nyer short sem ni subjek Amalan Kejuruteraan, subjek yang mengamalkan konsep 'hadir lulus' . . . takde final exam, takde test. Cuma disuruh menghadiri kelas, melakukan assignment harian & membina produk. Dugaan berpuasa juga menjadi faktor kenapa kerja part time sambil belajar ni x best. ( tp x kan kau nak salahkan puasa pulak, bukan salahkan la . . . aku explain aje)

So, kalau la ade readers yg terbaca post gua ni. Gua harap lu pikir la banyak2 kali . . . Jangan terburu buru mengejar wang. Rilek brader, brader rilek. Kang, kalau lu orang x tahan kerja baru seminggu nak berenti . . . ade pulak yg x dibayar gaji (PADAN MOOKA KERJA FREE). Kalau konfem gak nk bekerja, tanya tempat kerja korang tu apa polisi2, undang2 atau syarat2 diorang. Kalau suka, baru kerja. okay ! ( Kat tmpat kerja gua ( department Antioni aje)  kat Jusco, muslim x dibenarkan solat semasa bekerja ).

So, ciao cin ciao !!!


Friday 19 July 2013

Raya cam tak raya ?

Assalamualaikum w.b.t. dan salam Syukur Malaysia Masih Aman . . .

Menyusun sepuluh jari terlebih dahulu kerana menyentuh isu raya pada Ramadhan yang ke-9 ini. Bukan berniat untuk melupakan Ramadhan yang mulia. Tapi untuk kita renungkan sejenak bagaimana agaknya keadaan Syawal 1434 hijrah dengan keadaan Malaysia yang aman ini.

Semuanya disebabkan HARGA BARANG NAIK LAGI . . . disebut dengan nada seumpama iklan mainan Tora yang disiarkan RTM sekitar tahun 1999.

"Lu, kalau dah tahu harga barang naik, berjimat cermat la berbelanja bro . . ."
"Elakkan beli barangan yang dinaikkan harga . . ."

Jadi, seperti yang kita tahu . . . harga pasaran barang2 makanan mentah telah pun melonjak tinggi kebelakangan ini. Ikan kembong pun dah mencapai sekitar RM20.00 sekilo . . . Ayam pulak RM10.80 sekilo (harga yang paling tinggi yang gua tahu setakat ni) . . . Daging pun ada cerita yang dah dinaikkan harga, tapi syukurlah kat tempat gua belum lagi . . . Hmm, kalau la ade bloggers yang tahu punca sebenar isu ni berlaku, mohon la dikongsi.

Semakin hari, kita semakin menghampiri Syawal. Jadi kebiasaan bagi kita orang Melayu akan menyediakan pelbagai juadah untuk dihidangkan pada tetamu yang menziarah apatah lagi untuk kaum kerabat keluarga yang berkumpul beramai-ramai untuk menyabut lebaran. Takkan kita taknak masak rendang, gulai daging, atau kari ayam untuk disantap dengan ketupat ? X syok la camtu . . .

Malas la nak salahkan orang yang bertanggungjawab tu . . . Sendiri paham la apa kerja ekau tu . . . Takkan harga kereta boleh 'turun' tapi ayam takleh turun? "Elak makan ayam kalau harga naik . . . !"

Salam Ramadhan, Syukur Malaysia masih aman. Harga ayam jauh lebih rendah di Malaysia dari Zimbabwe . . .

Wednesday 17 July 2013

Keadilan

Keadilan, bermakna menetapkan hukum dengan benar atau meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ya, memang ada perkaitan post aku ini dengan isu yang melanda negara kita baru-baru ini . . . tapi, kita sebagai rakyat marhaen hanya boleh mengangguk sahaja . . .

Kembali kita ke zaman Hang Tuah, sewaktu Sultan Mansur Syah menitahkan supaya Hang Tuah dibunuh kerana dikhuatiri Hang Tuah akan berkuasa melebihi kuasa sultan sebagaimana yang dicanangkan oleh Patih Karma Wijaya. Adil bukan? Kalau bukan adil, apa pula jawapannya? Jawapannya ialah ZALIM, ya . . . Sultan Mansur Syah telah berlaku zalim ke atas laksamana kesayangan Melaka.

Tapi, mengapa tiada siapa yang menghalang? Bahkan saudara2 Hang Tuah melainkan Hang Jebat juga turut mengangguk kepada titah sultan. Ini kerana orang Melayu sememangnya telah dididik dan diasuh untuk mentaati dan setia kepada raja.

Dan bagi yang menuntut keadilan ini pula, Hang Jebat disifatkan sebagai pembelot, penentang raja, manusia jahat dan sebagainya. Rakyat Melaka memandang hina kepada Hang Jebat kerana beliau menimbulkan huru-hara demi menuntut bela atas kematian orang yang tidak bersalah. Mungkin cara yang digunakan sangat radikal hingga menimbulkan kematian rakyat. Namun, persoalannya di sini . . . Kenapa rakyat Melaka tidak melihat kepada kezaliman sultan mereka? Mengapa Hang Jebat yang dituduh sebagai manusia zalim ? Apa yang mengaburi mata mereka? Utusan-utusan palsu yang mana telah meracuni minda mereka? Cuba korang singkap kisah ini kepada kisah hari ini di abad yg ke-21.

Siapa Hang Jebat? Siapa Sultan Mansur Syah? Siapa rakyat Melaka?

#Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya . . . bukan aku bagi mung, mung bagi aku.

Tuesday 16 July 2013

Ramadhan 1434 Hijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur untuk menyambut sekali lagi bulan yang mulia ini. So, as usual . . . Bulan Ramadhan ni mewajibkan umat Islam untuk menunaikan rukun Islam yang ke-3 iaitu berpuasa.

Jadi, sama ada brader2 atau sister2 mahu berpuasa ataupun tidak, itu terletak lah kepada akal fikiran masing2 . . .  Dah besar panjang kan?

Cerita puasa ataupun tidak nih bukanlah menjadi buah bicara hari ini, tetapi apa yang ingin dilantunkan ialah mengenai adab sesama manusia di bulan puasa.

Dipendekkan cerita, pada petang semalam aku dan GF bercadang untuk berbuka puasa di Restoran Tom Yam Klasik, Sungai Putat , Melaka (Restoran Terapung) disebabkan desas-desus yang mengatakan makanannya sedap pada harga yang berpatutan. Tambahan pula susasana restoran yang terapung di atas permukaan tasik yang sekangkang kera menambahkan lagi keistimewaan iftar kami berdua.

So, kami memilih untuk berbuka secara buffet lalu membayar la RM29.99 seorang. Harganya tu taklah terlalu mahal, tapi cukup mahal bagi orang yang duit takde cam aku ni. Yang menjadi celakanya ialah, hidangan nampak meriah pada awalnya, tapi bila menghampiri waktu maghrib ... orang start mengambil juadah berbuka masing2 . . . TALAM YANG PENUH DENGAN LAUK DAH KOSONG ! KOSONGGG !!! Dah sedar lauk dah abes, apesal takde topup? Aku hairan . . . Bukan full table pun masa tu, tapi aku try usha meja2 yang lain . . . NAUZUBILLAH . . . Kejadahnya bukak pose sampai 2 pinggan nasik sorang? Manusia ke babi tu? Kalau babi memang tak dek gua nak heran sebab da biasa tengok babi ni kedarah makanan cemana. (gua layan Animal Planet okay) Yang makcik2 tua nak mampos ni plak amik lauk untuk family dia je . . . gua rasa maybe laki dia menang nombor kott, tu yang dapat makan buffet pedarah semua lauk tuk family tercinta dia.

Secara harfiahnya, memang da jadi kebiasaan kita akan cuba untuk makan apa je yang dihidangkan kat hidangan buffet tu. Itu aku tau laa, bukan aku x pernah gi buffet . . . Tapi, ni iftar kott . . . Bukan ke kita kena besederhana bila berbuka. Buffet ni kalau ikut aturan/etika dia . . . 2 kali tambah makanan pun belum tentu hidangan tu habis.

Cerita bersambung, time aku beratur nak amik ikan bakar . . . Ade la sorang brader (kemungkinan dia abang kawasan @ abang kebangangan) ni, berbadan sasa,  ber t-shirt hitam (Hard Rock), berseluar jeans, pakai sandal, ada bangle kat tangan kanan (saiz sederhana) . . . dengan tanpa rasa bersalah memotong barisan, depan aku pulak tuh! Memang celaka lah dia dan keturunannya !!! Aku pun dengan perlahan sebut "bodoh!". . . Reaksi dia ? Ye . . . Memang betul, dia buat bodoh aje . . . Menambahkan cemuhan2 yang mughallazah, dia boleh habiskan ikan yg siap dibakar. Jadi, keldai2 yg kat belakang dia ni kenalah tunggu lg 10 minit untuk ikan yang seterusnya.

Gua rasa memang hari tu elok je gua makan lepas zohor kalau tahu cenggitu nasib badan. Puasa da cukup baik gua control . . . time2 nak berbuka lak ade lahanat2 yg carik pasal. Maki berkilo-kilo, last2 gua rasa pahala puasa gua mungkin negative kott. . . 

So, nasihat gua . . . nak selamat, better berbuka puasa lah kat rumah dengan family @ masak sendiri. Kebersihan terjaga, kalau x sedap pun maki diri sendiri x de effect, jimat la sikit walaupun ayam naik harga (syukur Malaysia masih aman !)

#RIP Democracy #Elak Makan Ayam Kalau Harga Naik #Bangang Abadi

Sunday 23 June 2013

Orang baru

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera . . . 


Salam perkenalan pada bloggers di luar sana tak kira di mana jua anda berada. Saya dengan rasa rendah diri ingin memperkenalkan pada brader2 dan juga sister2 pada blog saya yang daif ni. (daif sbb x de post lagi . . .). 

Blog ini dibuat untuk saya melepaskan apa sahaja yang bermain di benak fikiran saya untuk mengelakkan saya daripada menjadi gila. Jadi, apa yang saya bakal coretkan di sini hanyalah apa yang saya rasakan dan juga pendapat saya pada isu berkenaan. Andai kata brader atau sister yang tak senang dengan coretan itu, bolehlah menulis komen2 di ruangan komen yang disediakan. Takpe, saya takkan melenting sebab dah hampir 20 tahun dah saya dikomen manusia-manusia disekeliling saya.
Maafkanlah jugak kalau post2 yang saya terbitkan tu tak menghiburkan atau menarik minat. Nak buat camner, saya ni pelajar kejuruteraan . . . kalau menulis pun, tulis report aje. So, ajarlah saya untuk menarik minat brader2 & sister2 kunjungi blog saya.

Kenapa infosaurus? Well, actually nama tu dari petikan drama sitcom How I Met Your Mother (season 8, Who wants to be a Godparent?). Saya merasakan apa yang bakal saya tulis ini kebanyakkannya terdiri daripada fakta dan juga ilmu yang berguna. (Firasat aje . . . )

Sekian