Friday, 19 July 2013

Raya cam tak raya ?

Assalamualaikum w.b.t. dan salam Syukur Malaysia Masih Aman . . .

Menyusun sepuluh jari terlebih dahulu kerana menyentuh isu raya pada Ramadhan yang ke-9 ini. Bukan berniat untuk melupakan Ramadhan yang mulia. Tapi untuk kita renungkan sejenak bagaimana agaknya keadaan Syawal 1434 hijrah dengan keadaan Malaysia yang aman ini.

Semuanya disebabkan HARGA BARANG NAIK LAGI . . . disebut dengan nada seumpama iklan mainan Tora yang disiarkan RTM sekitar tahun 1999.

"Lu, kalau dah tahu harga barang naik, berjimat cermat la berbelanja bro . . ."
"Elakkan beli barangan yang dinaikkan harga . . ."

Jadi, seperti yang kita tahu . . . harga pasaran barang2 makanan mentah telah pun melonjak tinggi kebelakangan ini. Ikan kembong pun dah mencapai sekitar RM20.00 sekilo . . . Ayam pulak RM10.80 sekilo (harga yang paling tinggi yang gua tahu setakat ni) . . . Daging pun ada cerita yang dah dinaikkan harga, tapi syukurlah kat tempat gua belum lagi . . . Hmm, kalau la ade bloggers yang tahu punca sebenar isu ni berlaku, mohon la dikongsi.

Semakin hari, kita semakin menghampiri Syawal. Jadi kebiasaan bagi kita orang Melayu akan menyediakan pelbagai juadah untuk dihidangkan pada tetamu yang menziarah apatah lagi untuk kaum kerabat keluarga yang berkumpul beramai-ramai untuk menyabut lebaran. Takkan kita taknak masak rendang, gulai daging, atau kari ayam untuk disantap dengan ketupat ? X syok la camtu . . .

Malas la nak salahkan orang yang bertanggungjawab tu . . . Sendiri paham la apa kerja ekau tu . . . Takkan harga kereta boleh 'turun' tapi ayam takleh turun? "Elak makan ayam kalau harga naik . . . !"

Salam Ramadhan, Syukur Malaysia masih aman. Harga ayam jauh lebih rendah di Malaysia dari Zimbabwe . . .

No comments:

Post a Comment