Wednesday 17 July 2013

Keadilan

Keadilan, bermakna menetapkan hukum dengan benar atau meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ya, memang ada perkaitan post aku ini dengan isu yang melanda negara kita baru-baru ini . . . tapi, kita sebagai rakyat marhaen hanya boleh mengangguk sahaja . . .

Kembali kita ke zaman Hang Tuah, sewaktu Sultan Mansur Syah menitahkan supaya Hang Tuah dibunuh kerana dikhuatiri Hang Tuah akan berkuasa melebihi kuasa sultan sebagaimana yang dicanangkan oleh Patih Karma Wijaya. Adil bukan? Kalau bukan adil, apa pula jawapannya? Jawapannya ialah ZALIM, ya . . . Sultan Mansur Syah telah berlaku zalim ke atas laksamana kesayangan Melaka.

Tapi, mengapa tiada siapa yang menghalang? Bahkan saudara2 Hang Tuah melainkan Hang Jebat juga turut mengangguk kepada titah sultan. Ini kerana orang Melayu sememangnya telah dididik dan diasuh untuk mentaati dan setia kepada raja.

Dan bagi yang menuntut keadilan ini pula, Hang Jebat disifatkan sebagai pembelot, penentang raja, manusia jahat dan sebagainya. Rakyat Melaka memandang hina kepada Hang Jebat kerana beliau menimbulkan huru-hara demi menuntut bela atas kematian orang yang tidak bersalah. Mungkin cara yang digunakan sangat radikal hingga menimbulkan kematian rakyat. Namun, persoalannya di sini . . . Kenapa rakyat Melaka tidak melihat kepada kezaliman sultan mereka? Mengapa Hang Jebat yang dituduh sebagai manusia zalim ? Apa yang mengaburi mata mereka? Utusan-utusan palsu yang mana telah meracuni minda mereka? Cuba korang singkap kisah ini kepada kisah hari ini di abad yg ke-21.

Siapa Hang Jebat? Siapa Sultan Mansur Syah? Siapa rakyat Melaka?

#Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya . . . bukan aku bagi mung, mung bagi aku.

1 comment: