Saturday 25 January 2014

Kita Bagaimana . . . ?

Assalamualaikum w.b.t ...

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim . . . Syukur ke hadrat Allah, tuhan sekalian alam . . . Kerana dipanjangkan umur saya didunia ini untuk mencoret sedikit luahan isi hati ~

25 Januari 2014 - Pagi-pagi lagi aku dikejutkan oleh mama dengan geramnya kerana semalam aku telah berjanji untuk bersama-sama ke majlis doa selamat Aunty Pidah di Kampung Tengah, Ampang. Pukul 8.00 pagi lagi aku telah dikejutkan, tapi oleh kerana badan ini telah beberapa hari menanggung azab memikul barang2 kilang bakeri, ia tetap melekat di tilam yang empuk itu. Akhirnya, pada pukul 8.34 mama dengan selaras penyangkut baju telah menyesah aku di telapak kaki ~ Aku menjerit sakit sedikit, merah tapak kakiku itu.

Tanpa membuang masa, aku terus melangkah ke bilik mandi dengan sedikit hincut. Dalam masa 9 minit aku dah siap membersihkan diri dan bersiap-siap segala. Ku jamah apa yang tinggal di atas meja makan dan terus menyambar kunci kereta dan meluru ke tenggiling besi ku itu. Kami bertolak tepat pada pukul 9.03 pagi.

Perjalan mengambil masa lebih kurang 1 jam yang membawa kepada banyak isu yang kami anak-beranak bincangkan. Sesampainya kami di sana, ketibaan kami di sambut meriah oleh Aunty Pidah. Oh, hampir terlupa . . . Sahabatku, Uddin  juga tiba disana bersama ibu sebaik sahaja kami sampai. Ibu, Mama dan Aunty Pidah memang sahabat baik dari dulu lagi . . . Ini membuatkan aku, Uddin dan Arwah Fadhli juga menjadi kawan karib.

Pelukan saling bertukar, aku bersalam dengan ibu dan Aunty Pidah dan terus kami dibawa berjalan ke Tanah Perkuburan Taman Kosas yang betul2 terletak di belakang rumah pusaka Aunty Pidah. Rupa-rupanya, Aunty Pidah berhajat sangat untuk aku dan Uddin menziarahi kubur Arwah. Mengalir air mata kami semua bila diceritakan kisah-kisah dulu. Sewaktu zaman-zaman Power Rangers sedang memuncak. Ya Allah, sesungguhnya Kau lagi Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat. Mengapa begitu singkat umurnya . . . ?

Muhammad Zulfadhli Bin Izhar, dilahirkan 19 Disember 1992 . . . Perwatakannnya agak kelam-kabut. Mungkin sesetengah orang akan memandang dia sebagai weirdo~ Suaranya ada sedikit sengau yang mana selalu aku jadikan bahan mengejek bersama Uddin. Haha . . . Aku masih ingat sewaktu zaman habis sekolah menengah, kami bertiga dipertemukan di majlis makan-makan yang mama anjurkan. Mulalah kami bersembang tentang pengalaman masing-masing hidup di sekolah berasrama, soalan yang famous, "Kau hisap rokok tak?" tanya aku dan Uddin pada Arwah. Dengan kelam-kabutnya, arwah bercerita panjang tentang macam mana dia selalu diajak kawan-kawan la, pernah rasa sikit la, tak tahan la, dan bermacam lagi cerita yang membawa kesimpulan arwah tak hisap rokok pun. Alhamdulillah, arwah tak la nakal masa usia remajanya . . .

10 April 2011 - Tarikh tersebut adalah semasa aku sedang menjalani minggu study (study week) di KMTK sebelum PSPM 2 berlangsung. Petang tu mama ada telefon aku menanyakan apa semuanya baik-baik belaka ke? Tiada pulak perkara aneh yang aku hidu pada masa tu. Selepas maghrib, aku terima satu lagi panggilan daripada Uddin . . .

Uddin : Hoi bro, kau tau cerita tak ?
Aku : Tak tau apa pun . . . Cerita apa ?
Uddin : Laa~ Mama tak bagitahu apa-apa ke ?
Aku : Tak. Kenapa ni ?
Uddin : Fadhli . . . Fadhli dah meninggal petang tadi.
Aku : Oh . . . Innalillah ~ Macam mana pulak tu ? eksiden ke ?
Uddin : Gini . . . Arwah pergi mandi dengan family kat Lata Kijang lepas habis exam di KPM Seri     Iskandar, time mandi tu tergelincir agaknya kepala terhantuk kat batu then mayat jumpa kat hilir sungai.

So, begitulah sedikit sebanyak perbualan aku dan Uddin yang boleh meneceritakan bagaimana kematian arwah. Hmm . . . kuranglah seorang power rangers dalam kalangan kami. Alhamdulillah, Allah tu Maha Penyayang, dikurniakan seorang kawan yang baik semasa aku kecil. Belajar ABC bersama-sama, menyanyi bersama, main bersama . . . Merekalah bestfriend aku !

Kan dah cakap 3 Power Rangers !



Wahai sahabat, bersemadilah kau dengan tenang.

Thursday 12 December 2013

A Little of Something for Our Anniversary



Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera kepada semua pembaca . . .

29 NOVEMBER 2011 – Bukanlah tarikh penting untuk diingati oleh sesiapa melainkan AKU! Ya . . .  Ada apa dengan tarikh ini? Negara kita merdeka dari jajahan orang Inggeris pada 31 Ogos 1957, Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 dan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 1 Syawal setiap tahun. Mana mungkin 29 November ini menjadi penting bagi seseorang.

Melainkan orang itu mengikat ikatan kasih saying bersama pasangan yang amat disayangi. Haha . . . ya, aku menjalinkan hubungan bersama Nurul Farahizzati Binti Zakaria pada tarikh tersebut. Manusia yang aku kasihi dan amat aku sayangi. Seorang gadis yang baru memasuki alam 20-an, manis pada rupanya dan mempunyai ciri2 seorang gadis Melayu. Kisah kami bermula di UTeM hanya berbekalkan SMS dan sebiji moto Yamaha 125ZR, kami melayari bahtera kehidupan berpasangan bersama-sama.

Coretan ini hanya sekadar untuk menghargai perhubungan yang terjalin selama 2 tahun. 2 tahun memang belum cukup lama lagi untuk aku menayangkan hal peribadi aku ini pada kalian semua, tapi bukanlah menjadi satu kesalahan jika aku berkongsi sedikit kebahagiaan yang aku rasa ini.
Pahit manis perhubungan ini biarlah disimpan didalam ruang memori kami berdua. Jika diceritakan sekalipun, mungkin tidak sama seperti apa yang dirasa. Nyata perasaan itu memang satu perihal yang subjektif. Gadis ini memang cukup tabah untuk mengharungi liku liku perhubungan kami yang sememangnya selalu bergelora. Dia sangan kuat dan cekal menahan perasaanya yang kadang kala aku abaikan. Thus, that is why I’m so madly in love with her.
Banyak lagi ruang lompong yang mencacatkan perhubungan kami ini. Kami berdua mengerti akan perkara itu dan sememangnya berusaha untuk memperbaiki segala salah silap, cacat cela dan titik hitam kami. Aku cuma berharap, jika seandainya umur kami panjang . . . aku memohon agar dipercepatkan dan dipermudahkan urusan kami untuk mengikat ikatan yang sah sebagai suami dan isteri.

Seboleh-bolehnya, jika selepas kami menamatkan pelajaran di Universiti Teknikal Malaysia Melaka ini, mintalah agar kami lekas2 bekerja buat persiapan untuk menuju ke jinjang pelamin. Itulah persiapan secara kasar yang aku boleh simpulkan di sini.

Sekian, harap kalian juga mendoakan kesejahteraan kami berdua . . .


 
My beautiful Nurul Farahizzati Binti Zakaria
She called this 'Tiramisu Love'


Wednesday 9 October 2013

Rumah oo Rumah . . .

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Pukul 4.00 pagi aku terjaga kerana dek kepanasan yg teramat sangat . . . jadi sejenak aku befikir untuk mencoretkan sedikit lah di blog ini.

Minggu ni rasanya adalah minggu perpindahan rumah sewa kot pabila 5 orang kawan termasuk aku yang akan berpindah ke rumah baru. Pelbagai alasan kenapa diorang ni nak sangat pindah . . . Macam aku, well ... alasan yang memang famous gila, iaitu 'Ekonomi' ! Buat masa ini aku hidup di rumah sewa yang sewanya ditetapkan RM1300 sebulan (Rumah semi-d, 2 tingkat, kosong tapi baru). Tinggal bersama-sama 10 classmates yg lain jadi kami perlu membayar RM110 seorang/sebulan. Campur bil 'utilities' yang aggarannya RM40 seorang, bayaran sebulan adalah paling kurang RM150. So, untuk hadapi bayaran sebegini mmg la agak membebankan. Apa yang lagi teruk, bil air & api selalu lewat tiba, hinggakan beberapa kali menjadi kes tunggakkan. Kata mereka, "Rumah kamu semua ni masih baru lagi, jadi delivery bil belum boleh diselaraskan lagi". Maybe betul apa yang mereka kata, so buat ape nak bertelagah. Banyak kali mengadu pun masih itu juga jawapan yg diberi.

Solutionnya adalah, berpindah ke rumah sewa yg lebih murah. So, dengan bantuan girlfriend, dapatlah aku menyewa bilik dengan harga RM90 sebulan. Utilities bill mereka pun murah RM10 dari kadar rumah sewa lama. Cuma rumah apartment kan . . . apa sahaja yang korang harapkan cuma kondisi rumah yang elok.

Untuk kes girlfriend aku pula, rumah diorang ni ada banyak kerosakkan. Sebagai contoh, pintu grill yang rosak dan mudah dikepak, tombol pintu bilik yang rosak, lampu dapur yang tidak menyala, mesin basuh yang uzur, dan ada jubin lantai yang pecah. Semua kerosakkan ni telah diadu pada owner, balas beliau (owner) "Biasalah, rumah murah . . ." dan beliau tidak endahkan langsung masalah2 tersebut. Baginya, ramai lagi yang sanggup menyewa rumahnya dengan kondisi sebegitu. Solutionnya, mereka pun ambil keputusan untuk berpindah.

Jadi, nasihat aku . . . bila nak pilih rumah sewa tu, ukurlah baju dibadan sendiri. Aku ni buat silap kerana ikutkan kawan. Korang x perlu la ikut kawan2 nih . . . hidup ni mesti berdikari. Belajar berdiri diatas kaki sendiri. Dan sebelum masuk rumah, periksa dulu keadaan rumah . . . kalau ada kerosakkan, deal dengan owner untuk repair . . . barulah sign agreement. okay ?

Dah, itu aje ye . . . aku pun nak pi mandi ni. bye2