Saturday, 25 January 2014

Kita Bagaimana . . . ?

Assalamualaikum w.b.t ...

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim . . . Syukur ke hadrat Allah, tuhan sekalian alam . . . Kerana dipanjangkan umur saya didunia ini untuk mencoret sedikit luahan isi hati ~

25 Januari 2014 - Pagi-pagi lagi aku dikejutkan oleh mama dengan geramnya kerana semalam aku telah berjanji untuk bersama-sama ke majlis doa selamat Aunty Pidah di Kampung Tengah, Ampang. Pukul 8.00 pagi lagi aku telah dikejutkan, tapi oleh kerana badan ini telah beberapa hari menanggung azab memikul barang2 kilang bakeri, ia tetap melekat di tilam yang empuk itu. Akhirnya, pada pukul 8.34 mama dengan selaras penyangkut baju telah menyesah aku di telapak kaki ~ Aku menjerit sakit sedikit, merah tapak kakiku itu.

Tanpa membuang masa, aku terus melangkah ke bilik mandi dengan sedikit hincut. Dalam masa 9 minit aku dah siap membersihkan diri dan bersiap-siap segala. Ku jamah apa yang tinggal di atas meja makan dan terus menyambar kunci kereta dan meluru ke tenggiling besi ku itu. Kami bertolak tepat pada pukul 9.03 pagi.

Perjalan mengambil masa lebih kurang 1 jam yang membawa kepada banyak isu yang kami anak-beranak bincangkan. Sesampainya kami di sana, ketibaan kami di sambut meriah oleh Aunty Pidah. Oh, hampir terlupa . . . Sahabatku, Uddin  juga tiba disana bersama ibu sebaik sahaja kami sampai. Ibu, Mama dan Aunty Pidah memang sahabat baik dari dulu lagi . . . Ini membuatkan aku, Uddin dan Arwah Fadhli juga menjadi kawan karib.

Pelukan saling bertukar, aku bersalam dengan ibu dan Aunty Pidah dan terus kami dibawa berjalan ke Tanah Perkuburan Taman Kosas yang betul2 terletak di belakang rumah pusaka Aunty Pidah. Rupa-rupanya, Aunty Pidah berhajat sangat untuk aku dan Uddin menziarahi kubur Arwah. Mengalir air mata kami semua bila diceritakan kisah-kisah dulu. Sewaktu zaman-zaman Power Rangers sedang memuncak. Ya Allah, sesungguhnya Kau lagi Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat. Mengapa begitu singkat umurnya . . . ?

Muhammad Zulfadhli Bin Izhar, dilahirkan 19 Disember 1992 . . . Perwatakannnya agak kelam-kabut. Mungkin sesetengah orang akan memandang dia sebagai weirdo~ Suaranya ada sedikit sengau yang mana selalu aku jadikan bahan mengejek bersama Uddin. Haha . . . Aku masih ingat sewaktu zaman habis sekolah menengah, kami bertiga dipertemukan di majlis makan-makan yang mama anjurkan. Mulalah kami bersembang tentang pengalaman masing-masing hidup di sekolah berasrama, soalan yang famous, "Kau hisap rokok tak?" tanya aku dan Uddin pada Arwah. Dengan kelam-kabutnya, arwah bercerita panjang tentang macam mana dia selalu diajak kawan-kawan la, pernah rasa sikit la, tak tahan la, dan bermacam lagi cerita yang membawa kesimpulan arwah tak hisap rokok pun. Alhamdulillah, arwah tak la nakal masa usia remajanya . . .

10 April 2011 - Tarikh tersebut adalah semasa aku sedang menjalani minggu study (study week) di KMTK sebelum PSPM 2 berlangsung. Petang tu mama ada telefon aku menanyakan apa semuanya baik-baik belaka ke? Tiada pulak perkara aneh yang aku hidu pada masa tu. Selepas maghrib, aku terima satu lagi panggilan daripada Uddin . . .

Uddin : Hoi bro, kau tau cerita tak ?
Aku : Tak tau apa pun . . . Cerita apa ?
Uddin : Laa~ Mama tak bagitahu apa-apa ke ?
Aku : Tak. Kenapa ni ?
Uddin : Fadhli . . . Fadhli dah meninggal petang tadi.
Aku : Oh . . . Innalillah ~ Macam mana pulak tu ? eksiden ke ?
Uddin : Gini . . . Arwah pergi mandi dengan family kat Lata Kijang lepas habis exam di KPM Seri     Iskandar, time mandi tu tergelincir agaknya kepala terhantuk kat batu then mayat jumpa kat hilir sungai.

So, begitulah sedikit sebanyak perbualan aku dan Uddin yang boleh meneceritakan bagaimana kematian arwah. Hmm . . . kuranglah seorang power rangers dalam kalangan kami. Alhamdulillah, Allah tu Maha Penyayang, dikurniakan seorang kawan yang baik semasa aku kecil. Belajar ABC bersama-sama, menyanyi bersama, main bersama . . . Merekalah bestfriend aku !

Kan dah cakap 3 Power Rangers !



Wahai sahabat, bersemadilah kau dengan tenang.

No comments:

Post a Comment