Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera kepada
semua pembaca . . .
29 NOVEMBER 2011 – Bukanlah tarikh penting untuk
diingati oleh sesiapa melainkan AKU! Ya . . .
Ada apa dengan tarikh ini? Negara kita merdeka dari jajahan orang
Inggeris pada 31 Ogos 1957, Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 dan Hari
Raya Aidilfitri jatuh pada 1 Syawal setiap tahun. Mana mungkin 29 November ini
menjadi penting bagi seseorang.
Melainkan orang itu mengikat ikatan kasih saying bersama
pasangan yang amat disayangi. Haha . . . ya, aku menjalinkan hubungan bersama
Nurul Farahizzati Binti Zakaria pada tarikh tersebut. Manusia yang aku kasihi
dan amat aku sayangi. Seorang gadis yang baru memasuki alam 20-an, manis pada
rupanya dan mempunyai ciri2 seorang gadis Melayu. Kisah kami bermula di UTeM
hanya berbekalkan SMS dan sebiji moto Yamaha 125ZR, kami melayari bahtera
kehidupan berpasangan bersama-sama.
Coretan ini hanya sekadar untuk menghargai
perhubungan yang terjalin selama 2 tahun. 2 tahun memang belum cukup lama lagi
untuk aku menayangkan hal peribadi aku ini pada kalian semua, tapi bukanlah
menjadi satu kesalahan jika aku berkongsi sedikit kebahagiaan yang aku rasa
ini.
Pahit manis perhubungan ini biarlah disimpan didalam
ruang memori kami berdua. Jika diceritakan sekalipun, mungkin tidak sama
seperti apa yang dirasa. Nyata perasaan itu memang satu perihal yang subjektif.
Gadis ini memang cukup tabah untuk mengharungi liku liku perhubungan kami yang
sememangnya selalu bergelora. Dia sangan kuat dan cekal menahan perasaanya yang
kadang kala aku abaikan. Thus, that is why I’m so madly in love with her.
Banyak lagi ruang lompong yang mencacatkan
perhubungan kami ini. Kami berdua mengerti akan perkara itu dan sememangnya
berusaha untuk memperbaiki segala salah silap, cacat cela dan titik hitam kami.
Aku cuma berharap, jika seandainya umur kami panjang . . . aku memohon agar
dipercepatkan dan dipermudahkan urusan kami untuk mengikat ikatan yang sah
sebagai suami dan isteri.
Seboleh-bolehnya, jika selepas kami menamatkan
pelajaran di Universiti Teknikal Malaysia Melaka ini, mintalah agar kami lekas2
bekerja buat persiapan untuk menuju ke jinjang pelamin. Itulah persiapan secara
kasar yang aku boleh simpulkan di sini.
Sekian, harap kalian juga mendoakan kesejahteraan
kami berdua . . .
My beautiful Nurul Farahizzati Binti Zakaria |
She called this 'Tiramisu Love' |