Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Menjelang lebaran yang bakal menjelma kurang dari 10 hari ni, pasti ramai diantara kita yang sudah bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari mulia ini bersama keluarga tercinta. Apabila banyak kenderaan di jalan raya, haruslah diingatkan supaya IKUTLAH PERATURAN JALAN RAYA ! OKAY !!
Kalau tak ikut peraturan jalan raya, alamatnya panjang la jem sehingga boleh mencecah 10km panjangnya. Takmau la racing2 ea di jalan raya ... Bawak laju boleh, tapi jangan racing. DIINGATKAN, ABANG MISAI ADA DIMANA-MANA OKAY ! TAMBAH PULAK DENGAN AES (syukurnya Ya Allah, keraJaan aku adakan menatang ni), cuba elakkan dari kena saman okay ! (come on la, 110km/h je ? Beribu-ribu aku habiskan duit modify enjin, suspension, tayar kengkang . . . takkan nak pecut 110km/h je? Takpelah . . . asalkan Malaysia aman takde perang. kes tembak2 da banyak pun takpe, bukan darurat lagi, kann?)
Untuk melancarkan perjalanan di kawasan tol, apekata korang try guna "touch&go" . . . Takde la korang nk kena beratur panjang, tunggu makcik kat depan nak korek duit syiling nak membayar tol. Pastikan jugak kad T&G korang tu mempunyai baki yang mencukupi supaya tak kena maki la berbakul2 bila scan kad, baki x cukup, nk kena undur bagai pastu potong barisan lorong tunai (mohon dijauhkan sifat ini okay, especially jangan la guna lorong kecemasan sebab rider2 macam aku x suka beratur cam kereta gak). . . ish2. . . buek malu yo !
Servis keta tu dulu ye brader2 . . . kang mati enjin ditengah jalan, dah satu masalah pulak. Itu boleh mengundang kecelakaan tuh . . . kalau lebih teruk lagi, boleh membawa kepada kemalangan yang meragut jiwa, takkan korang nank biarkan ahli keluarga celebrate raya dengan tangisan air mata ? Kalau keta tiptop, pemandu berhemah . . . Insyaallah, perjalanan raya kita semua akan lancar !
Baca bismillah dan doa masuk kenderaan sebelum memulakan perjalanan !
Bye2 !!!
Wednesday, 31 July 2013
Thursday, 25 July 2013
Part time job ?
Posted by
Unknown
Assalamualaikum w.b.t & salam Malaysia masih aman . . .
Recently, ramai pelajar 2nd year UTeM yang mula bekerja sebagai part timer di kompleks membeli belah (PTPTPu x diberi untuk short semester) seperti di Jusco Melaka & Parkson Melaka Mall. Tak terkecuali aku juga . . . Aku bekerja di AEON Jusco Melaka sebagai promoter Antioni, menemani buah hati tersayang mencari sedikit rezeki sampingan untuk persiapan lebaran yang bakal tiba. Maklumlah, harga barang kian meningkat kann (TDDMKA) . . . "Sebab dasar ekonomi global yang x stabil ." (PUIIII !!!!)
Best ke kerja sambil belajar ? Jawapannya, x best ! Maybe sebab aku x suka kot tempat kerja aku . . . dengan pelbagai syarat2 yang agak suwey kann . . . Mesti korang nk kata aku manja, x leh buat kerja bagai kann . . . jawapannya ya, aku x leh buat kerja yang aku x seronok nak buat. Dulu aku kerja kat Pizza Hut best kott . . . setakat 12 hours tu senang2 aku bekerja. WORKING ENVIROMENT ITU PENTING !
Penat la bekerja sambilan sambil belajar ni. Nasib baik gua nyer short sem ni subjek Amalan Kejuruteraan, subjek yang mengamalkan konsep 'hadir lulus' . . . takde final exam, takde test. Cuma disuruh menghadiri kelas, melakukan assignment harian & membina produk. Dugaan berpuasa juga menjadi faktor kenapa kerja part time sambil belajar ni x best. ( tp x kan kau nak salahkan puasa pulak, bukan salahkan la . . . aku explain aje)
So, kalau la ade readers yg terbaca post gua ni. Gua harap lu pikir la banyak2 kali . . . Jangan terburu buru mengejar wang. Rilek brader, brader rilek. Kang, kalau lu orang x tahan kerja baru seminggu nak berenti . . . ade pulak yg x dibayar gaji (PADAN MOOKA KERJA FREE). Kalau konfem gak nk bekerja, tanya tempat kerja korang tu apa polisi2, undang2 atau syarat2 diorang. Kalau suka, baru kerja. okay ! ( Kat tmpat kerja gua ( department Antioni aje) kat Jusco, muslim x dibenarkan solat semasa bekerja ).
So, ciao cin ciao !!!

Friday, 19 July 2013
Raya cam tak raya ?
Posted by
Unknown
Assalamualaikum w.b.t. dan salam Syukur Malaysia Masih Aman . . .
Menyusun sepuluh jari terlebih dahulu kerana menyentuh isu raya pada Ramadhan yang ke-9 ini. Bukan berniat untuk melupakan Ramadhan yang mulia. Tapi untuk kita renungkan sejenak bagaimana agaknya keadaan Syawal 1434 hijrah dengan keadaan Malaysia yang aman ini.
Semuanya disebabkan HARGA BARANG NAIK LAGI . . . disebut dengan nada seumpama iklan mainan Tora yang disiarkan RTM sekitar tahun 1999.
"Lu, kalau dah tahu harga barang naik, berjimat cermat la berbelanja bro . . ."
"Elakkan beli barangan yang dinaikkan harga . . ."
Jadi, seperti yang kita tahu . . . harga pasaran barang2 makanan mentah telah pun melonjak tinggi kebelakangan ini. Ikan kembong pun dah mencapai sekitar RM20.00 sekilo . . . Ayam pulak RM10.80 sekilo (harga yang paling tinggi yang gua tahu setakat ni) . . . Daging pun ada cerita yang dah dinaikkan harga, tapi syukurlah kat tempat gua belum lagi . . . Hmm, kalau la ade bloggers yang tahu punca sebenar isu ni berlaku, mohon la dikongsi.
Semakin hari, kita semakin menghampiri Syawal. Jadi kebiasaan bagi kita orang Melayu akan menyediakan pelbagai juadah untuk dihidangkan pada tetamu yang menziarah apatah lagi untuk kaum kerabat keluarga yang berkumpul beramai-ramai untuk menyabut lebaran. Takkan kita taknak masak rendang, gulai daging, atau kari ayam untuk disantap dengan ketupat ? X syok la camtu . . .
Malas la nak salahkan orang yang bertanggungjawab tu . . . Sendiri paham la apa kerja ekau tu . . . Takkan harga kereta boleh 'turun' tapi ayam takleh turun? "Elak makan ayam kalau harga naik . . . !"
Salam Ramadhan, Syukur Malaysia masih aman. Harga ayam jauh lebih rendah di Malaysia dari Zimbabwe . . .

Subscribe to:
Posts (Atom)