Thursday, 12 December 2013

A Little of Something for Our Anniversary



Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera kepada semua pembaca . . .

29 NOVEMBER 2011 – Bukanlah tarikh penting untuk diingati oleh sesiapa melainkan AKU! Ya . . .  Ada apa dengan tarikh ini? Negara kita merdeka dari jajahan orang Inggeris pada 31 Ogos 1957, Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 dan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 1 Syawal setiap tahun. Mana mungkin 29 November ini menjadi penting bagi seseorang.

Melainkan orang itu mengikat ikatan kasih saying bersama pasangan yang amat disayangi. Haha . . . ya, aku menjalinkan hubungan bersama Nurul Farahizzati Binti Zakaria pada tarikh tersebut. Manusia yang aku kasihi dan amat aku sayangi. Seorang gadis yang baru memasuki alam 20-an, manis pada rupanya dan mempunyai ciri2 seorang gadis Melayu. Kisah kami bermula di UTeM hanya berbekalkan SMS dan sebiji moto Yamaha 125ZR, kami melayari bahtera kehidupan berpasangan bersama-sama.

Coretan ini hanya sekadar untuk menghargai perhubungan yang terjalin selama 2 tahun. 2 tahun memang belum cukup lama lagi untuk aku menayangkan hal peribadi aku ini pada kalian semua, tapi bukanlah menjadi satu kesalahan jika aku berkongsi sedikit kebahagiaan yang aku rasa ini.
Pahit manis perhubungan ini biarlah disimpan didalam ruang memori kami berdua. Jika diceritakan sekalipun, mungkin tidak sama seperti apa yang dirasa. Nyata perasaan itu memang satu perihal yang subjektif. Gadis ini memang cukup tabah untuk mengharungi liku liku perhubungan kami yang sememangnya selalu bergelora. Dia sangan kuat dan cekal menahan perasaanya yang kadang kala aku abaikan. Thus, that is why I’m so madly in love with her.
Banyak lagi ruang lompong yang mencacatkan perhubungan kami ini. Kami berdua mengerti akan perkara itu dan sememangnya berusaha untuk memperbaiki segala salah silap, cacat cela dan titik hitam kami. Aku cuma berharap, jika seandainya umur kami panjang . . . aku memohon agar dipercepatkan dan dipermudahkan urusan kami untuk mengikat ikatan yang sah sebagai suami dan isteri.

Seboleh-bolehnya, jika selepas kami menamatkan pelajaran di Universiti Teknikal Malaysia Melaka ini, mintalah agar kami lekas2 bekerja buat persiapan untuk menuju ke jinjang pelamin. Itulah persiapan secara kasar yang aku boleh simpulkan di sini.

Sekian, harap kalian juga mendoakan kesejahteraan kami berdua . . .


 
My beautiful Nurul Farahizzati Binti Zakaria
She called this 'Tiramisu Love'


Wednesday, 9 October 2013

Rumah oo Rumah . . .

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Pukul 4.00 pagi aku terjaga kerana dek kepanasan yg teramat sangat . . . jadi sejenak aku befikir untuk mencoretkan sedikit lah di blog ini.

Minggu ni rasanya adalah minggu perpindahan rumah sewa kot pabila 5 orang kawan termasuk aku yang akan berpindah ke rumah baru. Pelbagai alasan kenapa diorang ni nak sangat pindah . . . Macam aku, well ... alasan yang memang famous gila, iaitu 'Ekonomi' ! Buat masa ini aku hidup di rumah sewa yang sewanya ditetapkan RM1300 sebulan (Rumah semi-d, 2 tingkat, kosong tapi baru). Tinggal bersama-sama 10 classmates yg lain jadi kami perlu membayar RM110 seorang/sebulan. Campur bil 'utilities' yang aggarannya RM40 seorang, bayaran sebulan adalah paling kurang RM150. So, untuk hadapi bayaran sebegini mmg la agak membebankan. Apa yang lagi teruk, bil air & api selalu lewat tiba, hinggakan beberapa kali menjadi kes tunggakkan. Kata mereka, "Rumah kamu semua ni masih baru lagi, jadi delivery bil belum boleh diselaraskan lagi". Maybe betul apa yang mereka kata, so buat ape nak bertelagah. Banyak kali mengadu pun masih itu juga jawapan yg diberi.

Solutionnya adalah, berpindah ke rumah sewa yg lebih murah. So, dengan bantuan girlfriend, dapatlah aku menyewa bilik dengan harga RM90 sebulan. Utilities bill mereka pun murah RM10 dari kadar rumah sewa lama. Cuma rumah apartment kan . . . apa sahaja yang korang harapkan cuma kondisi rumah yang elok.

Untuk kes girlfriend aku pula, rumah diorang ni ada banyak kerosakkan. Sebagai contoh, pintu grill yang rosak dan mudah dikepak, tombol pintu bilik yang rosak, lampu dapur yang tidak menyala, mesin basuh yang uzur, dan ada jubin lantai yang pecah. Semua kerosakkan ni telah diadu pada owner, balas beliau (owner) "Biasalah, rumah murah . . ." dan beliau tidak endahkan langsung masalah2 tersebut. Baginya, ramai lagi yang sanggup menyewa rumahnya dengan kondisi sebegitu. Solutionnya, mereka pun ambil keputusan untuk berpindah.

Jadi, nasihat aku . . . bila nak pilih rumah sewa tu, ukurlah baju dibadan sendiri. Aku ni buat silap kerana ikutkan kawan. Korang x perlu la ikut kawan2 nih . . . hidup ni mesti berdikari. Belajar berdiri diatas kaki sendiri. Dan sebelum masuk rumah, periksa dulu keadaan rumah . . . kalau ada kerosakkan, deal dengan owner untuk repair . . . barulah sign agreement. okay ?

Dah, itu aje ye . . . aku pun nak pi mandi ni. bye2

Tuesday, 1 October 2013

Aku anjing ?

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera . . .

Naper gua x update blog ni lama sangat ea ? Gua pernah terpikir gak, selama gua post ni, ade ke yang membacanya ? ada ke yg ambik manfaat dari penulisan gua . . . atau yang baca2 ni ade yg 'butthurt' dengan apa yg gua tuliskan ? yelah . . . manalah tau ada fans tegar dari page SSTDM atau We <3 PM yang rasa cam nak tibai gua kann ?

Gua dah macam sedar sikit selepas gua sembang2 dengan member gua . . . Dengan pemikiran rasionalisasi dia kann, dengan selamber dia melepaskan keluhan . . .

" Aku risau dengan masa depan kita nanti . . . Aku takut takkan ade perubahan langsung dalam Malaysia ni . . . Yang kaya makin kaya, yang miskin cam kita ni akan terus ditindas. BR1M bukan keluarga kita dapat pun . . . Mak bapak nak keluarkan KWSP nak settlekan hutang piutang entah bila boleh keluar agaknya . . . Entah hidup ke tidak la diorang tu sebelum hutang piutang ni selesai . . . kerja dari siang ke malam . . . makin banyak bekerja, makin banyak pula caruman yg nk dibayar . . . CUBA KAU PIKIR SEJENAK . . . AKAN BERUBAH KE NASIB KITA NI ? Nakkan keadilan kepada rakyat, dituduhnya meliwat, chinadoll, agen Israel, barua cina . . . last2, amik kau HARGA BARANG NAIK !!! Sampai bila2 pun, biarlah PRU tu ada sampai kali ke 1000 pun . . . nasib kita takkan berubah . . . Demolah macam mana pun . . . Kera bagi BR1M, terus senyap . . . terus ' Beraja di mata, Bersultan di hati ' . . . "

Aku pun merasakan jugak . . . memang tak mungkin kot ade perubahan . . . Demokrasi hanya pada nama sahaja . . . namun takkan ada makna demokrasi tu. Aku dah malas nak bertekak lagi . . . Nasib kita tetap akan sama sebagaimana 56 tahun yang lalu . . . Aku tak bermaksud untuk mengaku kalah, pangkah tetap pangkah . . . tapi sampai bila aku nak jadi anjing yang menyalak pada bukit ?