Tuesday 16 July 2013

Ramadhan 1434 Hijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur untuk menyambut sekali lagi bulan yang mulia ini. So, as usual . . . Bulan Ramadhan ni mewajibkan umat Islam untuk menunaikan rukun Islam yang ke-3 iaitu berpuasa.

Jadi, sama ada brader2 atau sister2 mahu berpuasa ataupun tidak, itu terletak lah kepada akal fikiran masing2 . . .  Dah besar panjang kan?

Cerita puasa ataupun tidak nih bukanlah menjadi buah bicara hari ini, tetapi apa yang ingin dilantunkan ialah mengenai adab sesama manusia di bulan puasa.

Dipendekkan cerita, pada petang semalam aku dan GF bercadang untuk berbuka puasa di Restoran Tom Yam Klasik, Sungai Putat , Melaka (Restoran Terapung) disebabkan desas-desus yang mengatakan makanannya sedap pada harga yang berpatutan. Tambahan pula susasana restoran yang terapung di atas permukaan tasik yang sekangkang kera menambahkan lagi keistimewaan iftar kami berdua.

So, kami memilih untuk berbuka secara buffet lalu membayar la RM29.99 seorang. Harganya tu taklah terlalu mahal, tapi cukup mahal bagi orang yang duit takde cam aku ni. Yang menjadi celakanya ialah, hidangan nampak meriah pada awalnya, tapi bila menghampiri waktu maghrib ... orang start mengambil juadah berbuka masing2 . . . TALAM YANG PENUH DENGAN LAUK DAH KOSONG ! KOSONGGG !!! Dah sedar lauk dah abes, apesal takde topup? Aku hairan . . . Bukan full table pun masa tu, tapi aku try usha meja2 yang lain . . . NAUZUBILLAH . . . Kejadahnya bukak pose sampai 2 pinggan nasik sorang? Manusia ke babi tu? Kalau babi memang tak dek gua nak heran sebab da biasa tengok babi ni kedarah makanan cemana. (gua layan Animal Planet okay) Yang makcik2 tua nak mampos ni plak amik lauk untuk family dia je . . . gua rasa maybe laki dia menang nombor kott, tu yang dapat makan buffet pedarah semua lauk tuk family tercinta dia.

Secara harfiahnya, memang da jadi kebiasaan kita akan cuba untuk makan apa je yang dihidangkan kat hidangan buffet tu. Itu aku tau laa, bukan aku x pernah gi buffet . . . Tapi, ni iftar kott . . . Bukan ke kita kena besederhana bila berbuka. Buffet ni kalau ikut aturan/etika dia . . . 2 kali tambah makanan pun belum tentu hidangan tu habis.

Cerita bersambung, time aku beratur nak amik ikan bakar . . . Ade la sorang brader (kemungkinan dia abang kawasan @ abang kebangangan) ni, berbadan sasa,  ber t-shirt hitam (Hard Rock), berseluar jeans, pakai sandal, ada bangle kat tangan kanan (saiz sederhana) . . . dengan tanpa rasa bersalah memotong barisan, depan aku pulak tuh! Memang celaka lah dia dan keturunannya !!! Aku pun dengan perlahan sebut "bodoh!". . . Reaksi dia ? Ye . . . Memang betul, dia buat bodoh aje . . . Menambahkan cemuhan2 yang mughallazah, dia boleh habiskan ikan yg siap dibakar. Jadi, keldai2 yg kat belakang dia ni kenalah tunggu lg 10 minit untuk ikan yang seterusnya.

Gua rasa memang hari tu elok je gua makan lepas zohor kalau tahu cenggitu nasib badan. Puasa da cukup baik gua control . . . time2 nak berbuka lak ade lahanat2 yg carik pasal. Maki berkilo-kilo, last2 gua rasa pahala puasa gua mungkin negative kott. . . 

So, nasihat gua . . . nak selamat, better berbuka puasa lah kat rumah dengan family @ masak sendiri. Kebersihan terjaga, kalau x sedap pun maki diri sendiri x de effect, jimat la sikit walaupun ayam naik harga (syukur Malaysia masih aman !)

#RIP Democracy #Elak Makan Ayam Kalau Harga Naik #Bangang Abadi

8 comments:

  1. syukur kita di beri peluang kn..=)
    Follow blog ni..jom jemput ke blog saya nanti
    http://sekuntuntumbungazara.blogspot .com
    time kcih..=)

    ReplyDelete
  2. wah, info bagus, no-ordinaryblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. membazir tu amalan syton, ..dan kurang sabar tu juga salah satu menyumbagnya kurang pahala pose.., kita tengok orang lain ..muhasabah pd diri kita..semoga menjadi Ramadhan yg terbaik dari sebelumnya, salam singgah .

    ReplyDelete
  4. banyak lah bersabar di bulan puasa yang mulia ini

    ReplyDelete
  5. hehehehe x pasal2 swearing kan. kalo fae fae komplen tu dekat pengurusan restoran uh.

    ReplyDelete
  6. pehh.. memang bengang ahh kalau kita dah beratur elok-II pastu ada orang potong. Lain kali sound jer. Biar ingat sikit. Hehehehe, selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  7. sebab tu kita disuruh berpuasa... memupuk kesabaran dalam semua perkara ;)

    ReplyDelete
  8. kesimpulannya baik makan katrumah je..nak tambah ke,,nak makan sikit ke..sendiri tanggung...x der lah jadi cam tu..heheh...btw aku follow blog nie..:D

    ReplyDelete